Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS BERJAYA TAHAN 2 LELAKI CURI KABEL TM

Dua lelaki berjaya ditahan polis kerana disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia di Kampung Paya, Jalan Changkat Jering-Kuala Kangsar, awal pagi semalam.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 24 dan 47 tahun itu ditahan ketika sedang membuat kerja-kerja mencuri kabel sebelum dilihat oleh penduduk kampung yang segera melaporkan kepada pihak polis.

Kedua-duanya dibawa balik ke balai untuk ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Berita selanjutnya menerusi artikel Harian Metro di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS