Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

PEMANDU MYVI HALANG AMBULANS DI LORONG KECEMASAN DISAMAN


Tindakan pemandu kereta Perodua Myvi yang menggunakan lorong kecemasan di Kilometer 13.2 Lebuhraya Persekutuan, Shah Alam dengan tidak memberi laluan kepada ambulans di belakangnya pada Januari lalu mengundang padah apabila dia disaman polis bernilai RM300.

Lelaki berusia 58 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dengan ditemani anaknya yang merupakan pemilik Perodua Myvi terbabit.

Soal siasat polis mendapati ketika kejadian, lelaki yang bekerja sebagai pemandu teksi itu menggunakan kereta Perodua Myvi milik anaknya untuk mengambil ubat-ubatan di dalam teksinya yang dikatakan mengalami kerosakan di Glenmarie.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS