Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

500 PESERTA SERTAI PROGRAM KAYUHAN BASIKAL IPD ALOR GAJAH


Program Kayuhan Basikal anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah sempena sambutan Hari Polis ke-210 disertai 500 peserta termasuk 100 anggota dan pegawai polis.

Program itu bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang gaya hidup sihat dan isu keselamatan selain memberi peluang membina hubungan komuniti antara pasukan keselamatan dan orang ramai supaya prihatin terhadap isu keselamatan.

Program itu melibatkan kayuhan sejauh 35 kilometer yang merentasi kawasan sekitar Gadek bermula seawal pukul 8 pagi.

IPD Alor Gajah turut menyerahkan dua buah kerusi roda kepada dua orang balu anggota polis di Balai Polis Hutan Percha dan Balai Polis Gadek.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS