Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

BOS JOLI SAKAN HASIL DERMA DITAHAN

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Bandar Mahkota Cheras, pada 6 April lalu dan menahan empat dalang utama sindiket pemerdagangan manusia.

Dalam serbuan itu, polis menyelamatkan seramai 19 individu yang terdiri daripada 15 lelaki dan empat wanita berusia 17 hingga 28 tahun dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

Kononnya bergerak sebagai sukarelawan dan berbakti kepada rumah kebajikan dengan mengutip sumbangan derma daripada orang ramai. Mangsa dipaksa melakukan tugas itu, setiap hari. Wang derma dikutip yang didakwa akan disalurkan kepada badan kebajikan tempatan 'disapu' oleh empat dalang sindiket itu.

Sumber: Harian Metro



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS