Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

MAT PIT KAKI KELENTONG, BERLAKON PAKAI TUDUNG LEPAS PECAH KEDAI

Seorang penagih dadah (Mat Pit) yang memecah masuk sebuah kedai tudung di Taman Yayasan, Segamat, Johor berjaya ditahan pihak polis ketika dia sedang leka menjamu selera makan tengahari di sebuah kedai makan yang terletak 1 kilometer dari kedai yang dipecah masuknya.

Dua jam sebelum itu, suspek yang memecah masuk kedai berkenaan telah melarikan pelbagai jenis tudung dan tabung wang milik pemilik kedai berkenaan sebelum mengenakan salah satu tudung yang dicurinya pada kepala sendiri untuk berlakon sebagai seorang wanita bagi tujuan menggaburi mata orang awam.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Supertintendan Raub Selamat, hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek mendapatinya positif dadah jenis Amphetamine.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS