Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS BERKAS DUA BERADIK EDAR DADAH

Kegiatan haram dua beradik mengedar dadah sejak enam bulan lalu terbongkar apabila mereka diberkas polis di lobi sebuah hotel di Tampin, Negeri Sembilan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab. Razak berkata, suspek berusia 22 dan 26 tahun tersebut diberkas pada pukul 11.30 malam ketika sedang berlegar-legar di dalam lobi berkenaan.

Sewaktu ditahan, polis menjumpai dadah jenis Heroin seberat 5.76 gram yang disimpan di dalam kotak rokok oleh suspek berusia 26 tahun manakala pemeriksaan pada adiknya pula, polis menemui dadah jenis Syabu seberat 0.43 gram dan Heroin seberat 0.26 gram yang juga disimpan di dalam kotak rokok.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Kosmo di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS