Dua lelaki ditahan polis selepas terlibat dalam satu pergaduhan melibatkan kira-kira 80 individu di Jalan Mewah 4, Pandan Mewah berhampiran Hospital Ampang di Ampang Jaya, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu, anggota polis yang sedang membuat rondaan telah ternampak pergaduhan melitaatkan kira-kira 80 lelaki menggunakan topi keledar.
Insiden pergaduhan tersebut dapat dilihat melalui klip video berdurasi lebih lima minit yang telah menjadi viral di laman sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata, anggota polis tersebut kemudiannya menghampiri sekumpulan lelaki tersebut dan mengarahkan moreka bersurai namun tidak diendahkan.
Akibatnya, pihak polis menahan dua individu yang terlibat, merampas sebilah parang panjang dan dua buah motosikal yang digunakan suspek.
Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Kosmo di bawah.