Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

SIASAT UNSUR PENYEKSAAN


Polis Tanah Merah menyiasat sama ada terdapat unsur penyeksaan serius dalam kes seorang suami mengurung isterinya di sebuah bangsal kecil di Jalan Kubur, Kampung Banggol Maka, Tanah Merah, Kelantan.

Mangsa berusia 31 tahun lumpuh separuh badan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama suaminya kira-kira dua tahun lalu, dikatakan dikurung pada sebelah siang ketika suaminya berusia 40 tahun ke luar bekerja.

Ekoran keluarga mangsa membuat laporan polis mendakwa anak mereka dikurung hampir setahun, wanita tersebut kemudian diselamatkan polis.

Susulan itu. suami mangsa ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan. Polis akan membuat siasatan berhubung tahap kesihatan mangsa.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS