Polis Pahang akan meningkatkan rondaan sepanjang Ramadan terutama di kawasan berisiko, selain memastikan keadaan lalu lintas di lokasi bazaar Ramadan terkawal.
Polis turut mengingatkan umat Islam yang ke masjid untuk menunaikan solat terawih supaya tidak membawa barang berharga dan meninggalkannya di dalam kereta bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Sumber: Sinar Harian