Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KEJAYAAN POLIS MENUMPASKAN SINDIKET MACAU DI MELAKA, 48 KES DISELESAIKAN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) kontinjen Melaka percaya dapat menyelesaikan sebanyak 48 kes Macau Scam yang dilaporkan di negeri tersebut tahun lepas hasil daripada tertumpasnya sindiket itu baru-baru ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri, Dato' Ruslan Hassan, sindiket yang beroperasi dalam sebuah banglo mewah di Ayer Keroh itu ditumpaskan dengan tertangkapnya 26 individu warganegara China dan Taiwan serta rakyat tempatan.

PDRM kini menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesemua suspek melakukan jenayah tipu terhadap mangsa menggunakan talian telefon.

Berita selanjutnya menerusi pautan keratan akhbar Harian Metro di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS