Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

SAMSENG TIADA LESEN MEMANDU, BUAT PROVOKASI DAN SERANG POLIS KELUARKAN SAMAN

SAMSENG TIADA LESEN MEMANDU, BUAT PROVOKASI DAN SERANG POLIS KELUARKAN SAMAN

Seorang lelaki bukan saja mengeluarkan kata-kata kesat ke pada anggota polis, malah benindak biadab dengan menyiku muka anggota polis sejurus ditahan, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menahan lelaki yang sedang membawa motosikal dalam keadaan mencurigakan itu ketika melintasi anggota yang sedang membuat tugas rondaan cegah jenayah.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dokumen pengenalan diri dan lesen memandu dilakukan, tiba-tiba suspek mengeluarkan kata-kata kesat dan cuba melakukan provokasi dengan merakam video sebelum cuba menyiku anggota polis yang mengeluarkan saman kepadanya.

Suspek yang cuba melarikan diri akhirnya berjaya diberkas dan dibawa pulang ke balai untuk tindakan selanjutnya.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS