Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

PADAH PUKUL ANAK SAUDARA MACAM 'DIRASUK SYAITAN', WANITA TUA DIREMAN 7 HARI

POLIS DAERAH SUBANG JAYA mengesahkan bahawa video tular seorang wanita tua memukul seorang kanak-kanak tanpa belas kasihan sehingga mengundang kemarahan netizen semalam adalah kejadian tahun lepas.

Walaubagaimanapun, undang-undang negara tetap diambil terhadap pelaku yang menyeksa kanak-kanak malang terbabit iaitu nenek saudaranya sendiri yang kini direman oleh pihak polis selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Azlin Sadari, kanak-kanak itu sudah diselamatkan oleh pihak polis dan dihantar ke hospital Serdang untuk pemeriksaan kesihatan lanjut.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Berita Harian di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS