Muda-muda lagi dah berdepan kes berat yang boleh membawa hukuman gantung mandatori!
Itulah nasib tiga sekawan yang ditahan PDRM Kedah kerana cuba menyeludup 2.68 kilogram dadah jenis Heroin yang bernilai hampir RM400,000 ke Pulau Langkawi dalam satu operasi di Terminal Feri Kuah, kelmarin.
Menurut Ketua Polis Kedah, Dato' Asri Yusoff, mereka yang ditahan berumur di antara 19 sehingga 22 tahun.
Kesemua ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Kosmo di bawah.