Walaupun enam kali pernah ditangkap atas kesalahan dadah, namun seorang pemuda berusia 24 tahun tidak pemah insaf apabila dia sekali lagi diberkas polis atas kesalahan sama dalam serbuan di Kampung Tok Dor Dalam dekat Besut, Terengganu pagi Isnin lepas.
Suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polls Daerah Besut bersama pelbagai jenis dadah di sebuah rumah di kampung tersebut kira-kira jam 10 pagi.
Pemeriksaan lanjut polis di dalam rumah itu menjumpai 222 pil dipercayai dadah jenis pil kuda dan Syabu dianggarkan seberat 3 gram yang diletakkan di dalam beg silang dan dompet dipercayai milik suspek termasuk disorok di celah dinding rumah.
Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Sinar Harian di bawah.