Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

LIMA LELAKI DISYAKI TERLIBAT PENGEDARAN DADAH DITAHAN

LIMA LELAKI DISYAKI TERLIBAT PENGEDARAN DADAH DITAHAN

Kota Bharu, 20 Julai 2017 - Lima lelaki disyaki terlibat dengan pengedaran pil kuda di daerah ini diberkas bersama 964 biji pil kuda yang bernilai RM9,680 dalam dua serbuan berasingan di Jalan Pengkalan Chepa dan Panji di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, serbuan pertama dijalankan polis di sebuah rumah di Tanjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa telah menahan empat lelaki yang berusia 21 hingga 33 tahun.

"Pemeriksaan yang dijalankan polis di dalam rumah tersebut telah menemui sebanyak 364 biji pil kuda di dalam rumah tersebut.

"Melalui risikan yang dijalankan polis mendapati kegiatan pengedaran pil kuda telah dikesan bergerak aktif dalam sejak enam bulan lalu.

"Susulan penahanan empat lelaki ini telah membawa kepada penangkapan ketua kumpulan yang dikenali kumpulan Piji iaitu seorang lelaki berusia 24 tahun bersama 600 lagi pil kuda di tepi jalan Kampung Tapang, Panji di sini pada hari yang sama," katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama seminggu hingga 25 Julai ini bagi membantu siasatan.

Ismail berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B , Seksyen 39A(2),39A (1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – SINAR HARIAN ONLINE

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/lima-lelaki-disyaki-terlibat-pengedaran-dadah-ditahan-1.705816
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS