Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

OP CANTAS KHAS: POLIS MULA KUTIP 'KEPALA-KEPALA' GENGSTER DALAM NEGARA

Beberapa orang ketua gengster yang ada di dalam negara mula diberkas polis dalam Operasi Cantas Khas atau lebih dikenali Op Cantas Khas di negeri Selangor dan beberapa buah negeri lagi di utara tanah air.

Antara yang ditahan setakat ini adalah ketua dan ahli geng kongsi gelap 04 yang terlibat aktif dalam kes jenayah dadah, bunuh, merusuh, mendatangkan cedera parah dan pemerasan serta bersama beberapa buah kenderaan milik mereka.

Mereka yang ditahan setakat ini masih dalam tahanan reman polis dan Op Cantas Khas ini masih diteruskan sehingga ke hari ini untuk memburu ketua-ketua gengster bersama ahlinya yang masih berada di dalam negara.

Berita lanjut menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS