SUSPEK KES PENIPUAN: MOHD FAIZAL, SERAH DIRI DENGAN SEGERA
Kuala Lumpur, 23 Ogos 2017 - Polis kini mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu kes penipuan melibatkan kerugian RM12 juta yang berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2012.
Penolong Pengarah Siasatan Jenayah (Kewangan/Perbankan/Koperasi/Insurans) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohd. Noor berkata, suspek dikenal pasti sebagai Mohd. Faizal Khalid Rahman, 32, serta bernombor kad pengenalan 840119-04-5074.
Menurutnya, berdasarkan siasatan, alamat terakhir suspek adalah di No. 37, Jalan 3/14, Serdang Jaya, 43100 Seri Kembangan, Selangor.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
“Mereka juga boleh berhubung dengan pegawai penyiasat iaitu Superintenden Mohd. Asmadi Yusoff di talian 03-269191168 atau 019-5426142 serta Inspektor Hafizah Raduan (03-26101194/013-8627709),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Ramli, pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.
Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/terkini/polis-buru-mohd-faizal-1.518209