Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS PERLU KEKALKAN PROFESIONALISME, DISIPLIN

POLIS PERLU KEKALKAN PROFESIONALISME, DISIPLIN

Sandakan, 28 November 2017 - Seramai 52 pegawai dan anggota polis menerima sijil penghargaan atas sumbangan memastikan keamanan terus terpelihara.

Sijil disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin pada Majlis Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Mohd Azhar meminta pegawai dan anggota polis sentiasa mengutamakan sikap profesionalisme serta komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak terlepas daripada isu integriti dan disiplin dalam kalangan penjawat awam yang menjadi antara topik utama ketika ini.

"Dalam konteks ini, integriti dan disiplin bukan hanya merujuk kepada kes tatatertib tetapi turut merangkumi ruang lingkup luas, antaranya membabitkan tanggungjawab serta amanah kita," katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek.

Selain membaca ikrar, lebih 50 pegawai dan anggota polis mengambil bahagian dalam aktiviti kawad kaki pada perhimpunan itu.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2017/11/356248/polis-perlu-kekalkan-profesionalisme-disiplin

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS