Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

RM600,000 LESAP DITIPU SINDIKET MACAU SCAM

RM600,000 LESAP DITIPU SINDIKET MACAU SCAM

Kuching, 28 November 2017 – Seorang penjawat awam terpaksa berputih mata apabila wang simpanan hasil titik peluhnya bekerja sebagai guru berjumlah hampir RM600,000 lesap begitu sahaja gara-gara ditipu sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mustafa Kamal Abdullah berkata, guru wanita berusia 51 tahun itu menyedari dirinya menjadi mangsa sindiket Macau Scam selepas dia membuat tiga transaksi wang simpanannya ke tiga akaun orang tidak dikenali pada 16 hingga 24 November lalu.

Menurut beliau, sebelum mengalami kerugian besar itu, guru yang berasal dan mengajar di sebuah sekolah di sini pada mulanya menerima mesej pesanan ringkas (SMS) yang memaklumkan dia mempunyai hutang sebanyak RM3,375 dengan sebuah bank.

“Mangsa yang panik menghubungi semula nombor tersebut dan ia dijawab oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai wakil bank berkenaan yang terletak di ibu negara.

“Lelaki itu memberitahu mungkin ada pihak lain yang menggunakan nama mangsa untuk membuat pinjaman bank sehingga mangsa mempunyai masalah hutang,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/negara/rm600-000-lesap-sekelip-mata-1.562129#.WhzbrUnXWTZ.facebook

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS