Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

PDRM ANJUR KEJOHANAN GOLF ERATKAN HUBUNGAN PDRM-ATM

Seri Kembangan, 2 Disember 2017 – Seiring dengan objektif utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus merapatkan lagi ukhuwah silaturahim antara PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Sukan PDRM telah menganjurkan Kejohanan Golf Piala Tautan ATM-PDRM yang berlangsung di The Mines Resort & Golf Club, di sini, pagi tadi. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapannya berkata, kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini signifikan bagi kedua-dua agensi keselamatan utama negara ini, di mana kejayaan kolaborasi kreatif di antara PDRM dan ATM menerusi pelbagai inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) mencapai matlamat hasil kesepakatan yang jelas. 

Tambahnya lagi, walaupun secara bersantai, kedua-dua pihak masih berupaya berkongsi kepakaran serta pendapat di dalam bidang masing-masing demi memastikan keselamatan negara sentiasa berada pada tahap yang tertinggi. 

Upacara perasmian Kejohanan Golf Piala Tautan ATM-PDRM pada hari ini telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Johari Baharum, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Haji Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohmad Salleh, serta pegawai-pegawai kanan PDRM dan ATM.

1
Sesi bergambar kenangan Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, dan pegawai-pegawai kanan PDRM-ATM yang mengambil bahagian dalam kejohanan golf pada hari ini.

2
Timbalan Pengarah (JSJ) (Jenayah Sindiket), DCP Dato' Ruslan Hassan memberikan taklimat kepada semua peserta kejohanan.

 
 

3
Dari kiri: Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Johari Baharum dan Pengarah JSJN, Datuk Seri Mohmad Salleh..

4
Sekitar aksi sepanjang kejohanan pada hari ini..

6
Sesi bergambar kenangan sebelum memulakan aksi..

7
Sekitar aksi sepanjang kejohanan pada hari ini..

11
Sekitar aksi sepanjang kejohanan pada hari ini..

12
Sekitar aksi sepanjang kejohanan pada hari ini..

13
Sesi bergambar kenangan sebelum memulakan aksi..

14
Sekitar aksi sepanjang kejohanan pada hari ini..

39
Ucapan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun...

40
Ucapan daripada Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor...

41
Meja utama pimpinan Tertinggi PDRM-ATM...
 
 

43
Ketua Polis Negara bersama Panglima ATM...

44
DCP Dato' Ruslan Hassan mengumumkan para pemenang dalam kejohanan golf pada hari ini..

59
sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang..

60
sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang..











PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS