Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

DEMI NEGARA: KAMI TERUSKAN BERKHIDMAT WALAUPUN TERBABIT BENCANA BANJIR

Walaupun seramai 30 anggota polis termasuk tiga pegawai awam di daerah Tumpat, Kelantan terjejas dalam banjir baru-baru ini, tugas menyelamat mangsa bencana alam itu tetap dijalankan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, banjir juga menyebabkan Balai Polis Simpangan dan Balai Polis Kuala Jambu dinaiki air lebih satu meter, namun tetap beroperasi seperti biasa. 

Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam musibah banjir itu segera memastikan keluarga mereka selamat di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi, Sekolah Kebangsaan (SK) Kelaboran dan SK Seri Tumpat, mereka kemudiannya meneruskan tugas menyelamat mangsa banjir yang lain.

Syabas dan tahniah warga Polis Kelantan!

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Berita Harian di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS