Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

JENAYAH KOMERSIL: HATI-HATI PEMBELIAN RUMAH PR1MA TIDAK WUJUD

Seramai 23 individu telah menjadi mangsa pembelian Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan pakej perumahan inap desa yang tidak wujud di negeri Kedah setelah ditipu oleh seorang individu bergelar Datuk sejak setahun yang lalu.

Jumlah anggaran kerugian kesemua mangsa yang terlibat adalah sebanyak RM115,000.

Pihak polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri kini telah membuka kertas siasatan untuk menyiasat individu bergelar Datuk tersebut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS