Sungai Buloh, 22 Januari 2018 - Seorang lelaki yang dipercayai dalang kejadian culik membabitkan anak seorang ahli perniagaan di daerah ini, Disember lalu ditahan di sebuah hotel di Pulau Pangkor, Perak, kelmarin.
Suspek berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Jenayah Bcrat (D9) Ibu Pejabat Polis Koniinjen (1PK) Selangor dan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.
"Sepasukan polis membuat serbuan di hotel berkenaan sebelum menahan suspek itu pada jam 10.20 malam."
Polis turut merampas sepucuk pistol yang mengandungi tiga peluru selain beg silang bersama dua peluru di dalamnya serta tiga telefon bimbit," katanya.
Katanya, polis mengesan empat lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian culik berkenaan.
Dalam kejadian 12 Disember tahun lalu, seorang lelaki berusia 30-an diculik beberapa lelaki di sekilar daerah ini.
Sumber : Harian Metro