Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS TUNGGU LAPORAN FORENSIK SAHKAN IMEJ CCTV

Putrajaya, 12 Februari 2018 - Polis masih menunggu laporan forensik mengenai rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) sekolah di Nibong Tebal, Pulau Pinang bagi mengenal pasti individu yang mencuri telefon bimbit seorang guru.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada imej individu dalam CCTV itu adalah pelajar tingkatan dua, M. Vasanthapiriya yang meninggal dunia selepas cuba membunuh diri tempoh hari, berikutan kualiti visual tersebut yang tidak begitu baik.

"Setakat ini saya tidak boleh mengesahkan... visual itu sangat sukar untuk disahkan.

"Kami memerlukan kepakaran forensik untuk meningkatkan kualiti gambar atau visual dan sehingga itu, kita perlu menunggu," katanya ketika ditemui pemberita.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS