Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

IPD BAGAN DATUK BAKAL MENEMPATKAN 280 WARGA PDRM

Seramai 280 pegawai dan anggota polis pelbagai pangkat bakal ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk, Perak setelah ia siap dibina kelak.

Berita baik ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Program Kembara Bermotosikal Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) yang disertainya bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Beliau turut memberi jaminan untuk menyokong segala usaha dan inisiatif PDRM dalam memastikan kawasan IPD baharu ini bebas jenayah, dadah dan perjudian di masa akan datang.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS