Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

OP LANDAI : POLIS RAMPAS PELBAGAI JENIS ROKOK BERNILAI RM5,225

Limbang, 9 April 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima berjaya merampas sejumlah karton rokok pelbagai jenama bernilai RM5,225 yang ditinggalkan dalam satu serbuan di Kampung Ipai, Lubuk Sigantang, Kuala Lurah, di sini, semalam.

Komandernya, ACP Sallehudin Mat Zaman berkata, serbuan itu dilakukan oleh pihak polis apabila menyedari sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan di lokasi berkenaan.

"Sebaik menyedari kehadiran polis, mereka berjaya melarikan diri dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat sejumlah karton rokok pelbagai jenama," katanya.

Hasil rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Limbang untuk tindakan di bawah Akta Kastam 1967.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS