
TIGA 'KELDAI' MACAU SCAM DITAHAN
Alor Setar, 13 April 2018 - Tiga 'keldai' Macau Scam ditahan polis di Kedah sejak tiga bulan lalu selepas disyaki terbabit menjalankan penipuan ilu.
Kctua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah Superintendan Chan Teck Paing berkata. pihaknya mcnahan tiga suspek berusia antara 20 hingga 30 ta hun hasil siasatan terhadap laporan yang diterima daripada mangsa.
Mcnurutnya, hasil siasatan mendapati mereka hanya dijadikan 'keldai' untuk mcnipu mangsa sedangkan dalang masih bebas dan ga gal dikesan setakat ini.
"Sindiket menggunakan individu itu sebagai pekerjanya dan sanggup menggunakan akaun bank milik mereka untuk memudah kan pemindahan wang da ripada mangsa.
"Mereka juga diberi tugas menghubungi mangsa berdasarkan maklumat yang diperoleh dan berkemungkinan pangkalan rangkaian sindiket ini beroperasi di luar negara menyebabkan kita gagal mengesannya.
"Mereka melakukan penipuan menggunakan teknik spoofing iaitu penyama ran nombor talian iaitu pemanggil menggunakan perkakasan Internet ketika membuat panggilan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, semalam.
Menurutnya, 28 kes penipuan Macau Scam dilaporkan di negeri itu sepanjang tempoh tiga bulan lalu membabitkan kerugian hampir mencecah setengah juta ringgit.
Chan berkata. 158 kes di laporkan di negeri itu sepanjang tahun lalu membabitkan kerugian mencecah RM4.1 juta oleh mangsa yang terpedaya dan pihak nya menangkap 60 individu untuk membantu siasatan.
"Antara daerah paling ramai mangsa ialah Kota Setar dan Kuala Muda berdasarkan laporan diterima dan pihak kami percaya sindiket menggunakan pelbagai taktik serta strategi untuk meyakinkan mangsanya sehingga mereka terpedaya atau bersetuju memasukkan wang tanpa menyelidik terlebih dulu.
"Sebelum ini, sindiket itu pernah menyamar sebagai pegawai bank atau Bank Negara Malaysia (HNM), pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), mahkamah, polis trafik dan yang terbaru menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.
Sementara itu, Chan berkata, pihaknya belum menerima laporan terbaru daripada mangsa membabitkan penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai KKM.
Menurut nya, setakat ini hanya empat laporan diterima daripada empat mangsa berusia 10 hingga 59 tahun dari Kota Setar yang mendakwa nyaris ditipu.
"Kes disiasat mcngikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan dan kita mengesan mereka yang disyaki terbabit" katanya.
Sumber : Harian Metro