Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

PRU KE – 14 : POLIS RAMPAS 16 DRON

Kuala Lumpur, 1 Mei 2018 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 16 laporan berhubung salah laku penggunaan dron sepanjang proses penamaan dan berkempen dalam PRU14.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, dron tidak boleh digunakan kecuali dengan kebenaran dan kelulusan Pihak Rerkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

"Kebenaran untuk gunakan dron ini bukan daripada kita (polis), tapi CAAM.

"Kita telah terima lebih daripada 30 laporan atas pelbagai masalah yang timbul, tapi untuk kesalahan menaikkan dron ini ada lebih kurang 16 laporan," katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman, semalam.

Mengulas lanjut, lain-lain laporan adalah seperti tohmahan kepada PDRM yang mendakwa polis menghalang calon untuk mendaftar pada penamaan calon, tempoh hari.

Jelasnya, perkara itu tidak benar sama sekali dan pihaknya menerima dua laporan polis di Negeri Sembilan berhubung kes itu dan siasatan sedang dijalankan.

"Lepas siasatan, kita akan rujuk kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Rava (SPR)," katanya.

Sabtu lalu, penyandang kerusi Dun Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan menang tanpa bertanding apabila calon PKR, Dr S Streram, gagal menghantar borang penamaan calon di pusat penamaan calon di Dewan Sri Rembau.

Dalam perkembangan lain, polis menunggu laporan penuh CAAM berkenaan siasatan sekiranya wujud unsur jenayah berhubimg dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pesawat yang mahu dinaikinya untuk ke Langkawi, disabotaj.

"Siasatan dikendalikan CAAM, kita tunggu untuk siasatan seterusnya sebelum tindakan sewajamya," katanya.

Mengulas mengenai suspek utama pembunuhan imam dan pensyarah universiti dari Palestin, Allahyarham Dr Fadi Mohammed Al Batsh, 35, yang sedang diburu, beliau berkata, usaha menjejak suspek masih dilaksanakan di dalam dan luar negara.

"Kita juga berhubung dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL) dan Polis Asean (ASEANAPOL) bagi memburu suspek," katanya.

Sumber : Sinar Harian

4 comments

Leave a comment
  1. ali | Oct 25, 2023
    I personally use them exclusively high-quality elements : you will notice these folks during: Online Virtual CPA
  2. ALI | Sep 03, 2023
    I invite you to the page where     see how much we have in common. Termite Treatment Oviedo
  3. ali | Sep 03, 2023
    These things are very important, good think so - I think so too...  Termite Treatment Orlando
  4. Rita Ellis | Aug 30, 2023
    I exploit solely premium quality products -- you will observe these individuals on: Kissimmee Bed Bug Control

    Leave a comment

    PDRM Facebook
    PDRM Twitter
    PDRM Instagram
    PDRM RSS