Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS BUKA SIASATAN KES ANGGOTA RELA PUKUL ANGGOTA POLIS DI KL

Seorang anggota polis cedera apabila dipukul dengan cota oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dipercayai akibat perselisihan faham angkara bunyi hon motosikal di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam, mangsa berusia 30-an itu mengalami kecederaan pada bahagian kening.

Menurutnya Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah, pihak polis telah menerima laporan daripada mangsa serta anggota Rela itu dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS