Makan angin sambil lalok. Itu aktiviti dua lelaki warga Mesir berusia 28 dan 44 tahun yang ditahan polis di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Dalam pemeriksaan jam 6 pagi itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Wangsa Maju menemui bahan terlarang berkenaan di lantai bahagian tempat duduk pemandu Perodua Alza yang dinaiki mereka.
Ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati seorang daripada mereka positif ganja. Kedua-dua suspek ditahan bersama ketulan daun kering disyaki ganja seberat 207.07 gram.
Sumber: Harian Metro