Kuala Lumpur, 31 Mei 2018 - Suami kepada seorang pelakon drama ditahanpolis semalam bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing atau Forex dan Bitcoin Bitkingdom membabitkan kerugian RM13.9 juta.
Suspek bergelar Datuk berusia 35 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari ketika dia hadir untuk memberi keterangan berhubung pelaburan Forex itu di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Ketua Polis Negara di Menara 238, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman, Datuk Khalil Azlan Chik mengesahkan tangkapan terbabit.
Sumber : KOSMO