Selepas hampir 15 jam dilarikan individu tidak dikenali yang memecah masuk rumah keluarganya di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap di sini, akhirnya bayi perempuan berusia 17 bulan, Nur Aisyah Hasmizan berjaya diselamatkan oleh pasukan polis.
Fah Nur-Aini Syed Mustapha, 36, mewakili keluarga Nur Aisyah mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia kerana bertungkus lumus mengesan seterusnya menyelamatkan bayi tersebut.
Nur Aisyah ditemui oleh sepasukan polis di kawasan semak berhampiran pencawang elektrik tidak jauh dari rumah keluarga mangsa.
Sumber: Berita Harian