Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

LELAKI BANGLADESH LACUR 2 BERADIK DICEKUP DI KLIA

Johor Bahru, 7 Jun 2018 - Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan polisbagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dalam kes melacurkan dua beradik berusia 13 dan 10 di bandar raya ini, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ahad lalu ketika cuba memasuki negara ini.

Menurutnya, suspek ditahan hasil maklumat Jabatan Imigresen KLIA hasil pemeriksaan lanjut mendapati dia merupakan individu dikehendaki polis.

"Lelaki tersebut kini ditahan reman hingga 9 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376/372 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS