Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

LIMA DICEKUP BERLUMBA HARAM DEMI RM165,000

Polis menahan lima lelaki dalam dua serbuan berasingan di sini dan Kangar, Perlis pada Khamis lalu selepas dipercayai terlibat dalam pertaruhan perlumbaan haram membabitkan dua kumpulan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Perlumbaan membabitkan kumpulan tersebut dipercayai bermula dari Taiping dan berakhir di Changkat Jering, Perak dengan jarak kira-kira 6.8 kilometer.

Kegiatan tersebut terbongkar selepas polis menemui satu akaun individu dikenali 'Matt Yie' yang memuat naik status 'Tahniah ESR Garage. Game RM165,000 win.$$$$ dan satu blog Jowiekuendah.com dengan satu artikel yang bertajuk 'Selepas game RM60k pertaruhan lumba haram cecah RM160k Y15ZR bukan level rempit'.

Berdasarkan maklumat tersebut polis telah melakukan tangkapan pertama pada pukul 7.30 malam di sebuah bengkel di sini melibatkan tiga lelaki tempatan yang bekerja sebagai mekanik selain merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna merah yang digunakan semasa perlumbaan itu.

Serbuan kedua pula dilakukan di sebuah bengkel di Kangar, Perils pada pukul 10.50 malam dan telah menahan dua lelaki yang merupakan pemilik bengkel dan peserta perlumbaan.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS