Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

BAYI TERLANTAR EMPAT HARI DI WAD: POLIS BURU PENGASUH

Kuala Lumpur- “Anak saya terlantar di wad hospital empat hari akibat kecederaan dialami ketika dijaga pengasuh,” kata Nur Atiqah Ibrahim berhubung kecederaan yang dialami bayinya Dian Durrani Hashirad Murshid yang berusia satu tahun lapan bulan.

Nur Atiqah berkata, dia membuat laporan di Pondok Polis Hospital Selayang sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Suspek kini disenarai sebagai orang dikehendaki dan usaha mengesan wanita itu sedang giat dijalankan," katanya.

Sumber- Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS