Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

SUAMI DIREMAN KES MAYAT DALAM BAGASI

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 37 tahun yang dipercayai membunuh, mengerat dan meletakkan mayat seorang wanita dalam dua beg pakaian di tebing Sungai Klang di Jalan Ipoh awal bulan lalu, semalam direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata lelaki itu yang dipercayai suami kepada wanita berusia 29 tahun itu ditahan di Johor pada jam 2 pagi kelmarin.

“Suspek akan direman hingga Ogos nanti bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS