Polis Johor Bahru Selatan (JBS) meminta kerjasama orang ramai mengesan peguam Yap Kok Sheng, 38, bagi siasatan kes pecah amanah dalam urusan jual beli tanah.
Orang ramai yang mengetahui atau mempunyai sebarang maklumat mengenai peguam berkenaan, boleh memaklumkan terus di Ibu PejabatPolis Daerah JBS.