Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

PESARA GURU TAUKE PUSAT PELACURAN

Kegiatan sebuah sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik perniagaan kafe dan pusat urut terbongkar apabila premis itu diserbu polis di Cherung Lanjut, Kuala Terengganu, Terengganu, kelmarin.

Dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat yang telah diubah suai, sepasang suami isteri yang dipercayai dalang sindiket pelacuran berkenaan berjaya ditahan bersama dua wanita warga Thailand disyaki pekerja seks.

Menurut polis, serbuan itu turut berjaya merampas barangan bukti seperti kondom, telefon pintar, wang tunai kira-kira RM3,000, minyak urut dan pelincir serta buku log.

Siasatan awal mendapati kegiatan pelacuran tersebut telah dipromosi suspek lelaki berusia 44 tahun yang bekerja sebagai peniaga alat ganti kenderaan menerusi aplikasi WeChat sambil dibantu isterinya berumur 48 tahun yang juga pesara guru.

Kedua-dua suspek yang dipercayai penjaga dan pelindung kepada kedua-dua pekerja seks tersebut disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan manakala dua suspek warga asing pula disiasat mengikut Seksyen 372 (b) akta sama.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS