Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS JOHOR TUMPAS MESIN JUDI KONTENA

Iskandar Puteri, 28 Oktober 2018 - Belum sempat beroperasi namun sudah dihidu pihak polis. Itu yang berlaku apabila pihak polis beijaya merampas cmpat mesin simulator permainan 'wukong'.

Ini susulan penemuan kontena yang bakal dijadikan pusat judi simulator dipercayai didalangi sindiket perjudian dalam Op Dadu judi berkomputer di Tanjung Kupang, Gelang Patah, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata serbuan pada 11 pagi itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.

Katanya, premis itu mempunyai empat mesin simulator permainan 'wukong' ditanda Rl hingga R4.

"Semua mesin dirampas itu masih belum berfungsi dan dibawa masuk ke dalam kontena awal pagi kelmarin," katanya.

Sumber : Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS