Serdang - Kenakan caj yuran RM60 bagi setiap individu yang mahu menyertai pesta dadah dan seks.
Itu modus operandi penganjur yang juga seorang penuntut universiti yang dikesan menjadi dalang aktiviti pesta liar diadakan di sebuah unit kondominium.
Penganjur terbabit dikesan menyewa unit kondominium di Seri Kembangan di sini pada harga RM390 semalam selain 'menyajikan' pelbagai jenis dadah kepada peserta pesta liar berkenaan.
Bagaimanapun kegembiraan kumpulan remaja dan belia tempatan yang menyertai pesta itu terbantut apabila polis bertindak menyerbu dan menahan 45 peserta pesta itu pada jam 3.45 pagi kelmarin.
Sembilan daripada individu ditahan dikenal pasti sebagai pelajar sekolah menengah sekitar Serdang yang disahkan positif mengambii dadah dadah.
Semua individu ditahan berusia antara 14 hingga 26 tahun dicekup hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, individu yang menyertai pesta berkenaan membabitkan pelajar sekolah menengah dan penuntut universiti.
Menurutnya, kumpulan itu menerima undangan dari penganjur yang menetapkan bayaran RM60 setiap seorang.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut..