Orang ramai diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya mencagarkan MyKad kepada pihak ketiga atas alasan kesempitan wang.
MyKad yang dicagar kepada pihak ketiga berpontensi untuk disalah guna seperti pemalsuan dokumen, membuat pinjaman wang menggunakan penama MyKad tersebut dan bermacam-macam lagi aktiviti berunsurkan jenayah.