Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

BERITA PALSU: TIADA INSIDEN KES MAYAT BUDAK PERUT DIKOREK

 

Muar: Tiada sebarang kejadian berkaitan kes penemuan mayat kanak-kanak dengan isi perutnya dikorek di Dusun Damai, Pagoh di sini, seperti yang ditularkan di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian seperti itu.

Menurutnya, semakan juga sudah dibuat pihaknya dan mendapati kes yang ditularkan berlaku di Seberang Prai, Pulau Pinang pada 11 Januari lalu dan terdapat satu laporan polis yang dibuat berkaitan kes kehilangan kanak-kanak.

"Kes itu juga sudah selesai di mana kanak-kanak terbabit sudah ditemui selamat di sebuah pasar raya di Pulau Pinang pada 23 Januari lalu.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS