Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

OPERASI-OPERASI LAIN PASUKAN F

OPERASI AMPANG

Tahun: 1974
Lokasi: Sekitar Ampang dan Kuala Lumpur
Objektif: Menawan pengganas komunis dan dalam masa sama memperluaskan maklumat risikan mengenai kegiatan pergerakan komunis bawah tanah.

Tinjauan ke atas individu dan kawasan yang terlibat dengan aktiviti pengganas komunis di Kampung Baru Ampang serta beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur

Kejayaan:
SCM Yeow Tai Cheong daripada MNLF dibunuh.

OPERASI TUGU

Tahun: 1975
Lokasi: Sekitar Kuala Lumpur
Objektif: Menentang pergerakan komunis bawah tanah selepas Tugu Negara dibom pada pagi 26 Ogos 1975.

Kejayaan: Memusnahkan jerangkap samar di beberapa lokasi sekitar ibu negara termasuk di tepi bangunan Parlimen.

OPERASI BERUANG

Tahun: 1979
Lokasi: Gopeng, Perak
Objektif: Susulan penangkapan ketua tentera AWF Ke-10, Unit Penggempur Ke-5 PKM, Monte daripada Operasi Tapah, operasi menawan anggota pergerakan komunis bawah tanah dilaksanakan dengan bantuan maklumat daripada Monte serta kerjasama 69 Komando dan tentera.

Kejayaan: Menembak mati dua pengganas komunis.

OPERASI PENTAS

Tahun: 1980
Lokasi: Serendah, Selangor
Objektif: Menangkap pengganas komunis daripada AWF Pertama yang beroperasi di kawasan Serendah

Kejayaan: Menangkap ramai anggota pergerakan komunis bawah tanah.

Sumber - Buku Coffee Table bertajuk ‘Pasukan F: Hanya Yang Berani’

“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#PasukanF
#HanyaYangBerani
#InfoPDRM

Image may contain: 1 person

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS