Seremban, 13 Ogos 2019 - Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Mohamad Mat Yusop mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir warganegara Ireland Nora Anne Quoirin, 15 tahun, yang hilang pada 4 Ogos lalu adalah milik remaja itu.
Pengesahan dibuat selepas keluarga mangsa membuat pengecaman terhadap mayat berkenaan di Hospital Tunku Jaafar, di sini, sebentar tadi.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/keluarga-sahkan-mayat-dijumpai-adalah-nora-anne-ketua-polis-negeri-sembilan-214894