Putrajaya, 12 September 2019 - Seluruh negara diisytiharkan sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka kecuali pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, gril/barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar (flaring), berkuat kuasa serta-merta sehingga Monsun Barat Daya berakhir.
Ketua Pengarah Alam Sekitar, Norlin Jaafar, mengeluarkan larangan itu susulan keadaan jerebu yang melanda negara sejak 5 September hingga kini.