Johor Bahru, 21 Oktober 2019 - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 11,050 karton rokok tidak sah bernilai RM2.06 juta dalam satu serbuan di Lebuh Raya Pasir Gudang pada Ahad.
Menurut Pemangku Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Superintendan Noor Azman Jamal, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Khas PPM Bukit Aman disertai anggota polis dari Balai Polis Johor Jaya.
Suspek yang berusia 32 tahun membawa rokok berkenaan menggunakan sebuah lori sebagai taktik untuk mengaburi pihak berkuasa.
Seorang lagi suspek berusia 38 tahun yang memandu kenderaan jenis Toyota Altis turut dipintas pihak polis sebelum ditahan.
Pemeriksaan mendapati, kedua dua suspek dipercayai tonto sindiket tersebut.
Bacaan lanjut menerusi pautan:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-marin-rampas-11-050-karton-rokok-putih-dua-tonto-ditahan-220551?amp=1&__twitter_impression=true
Atau keratan akhbar Berita Harian, di bawah.
