Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PADAH MILIKI ORGAN HARIMAU BELANG

Kota Bharu, 4 November 2019 - Seorang penjawat awam ditahan bersama bahagian tubuh seekor harimau belang terdiri daripada kulit, kulit kepala, gigi dan sepasang taring haiwan liar itu di rumahnya di Kampung Lubuk Bunut, Perol, Nilam Puri, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Hasanuddin Hassan berkata kejayaan tersebut adalah susulan daripada penahanan dua lelaki warga tempatan bersama rampasan gading serta gigi gajah di Pasir Mas dan Tumpat pada 26 oktober lalu.

Suspek dan karkas harimau belang diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Kelantan untuk disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Bacaan selanjutnya menerusi pautan https://www.sinarharian.com.my/article/55377/EDISI/Kelantan/Penjawat-awam-ditahan-simpan-kuku-taring-harimau-belang
 
 
 
 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS