Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 80 PERATUS PELAKU JENAYAH SEKSUAL DIKENALI MANGSA

Kuala Lumpur, 17 November 2019 - Kira-kira 80 peratus kes jenayah amang seksual fizikal yang berlaku kepada kanak-kanak di negara ini membabitkan individu terdekat dengan mereka.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DSP Noor Asyikin Shamsuri berkata, ia turut membabitkan orang dikenali seperti guru iaitu antara golongan yang rapat dan dipercayai mangsa.

Jelas beliau, jenayah amang seksual yang berlaku kepada kanak-kanak tidak boleh dipandang remeh kerana trauma emosi dan kesannya terpaksa ditanggung mangsa sepanjang hidup mereka.

"Peranan ibu bapa penting kerana mereka boleh mengesan sebarang perubahan tingkah laku anak mereka dan jangan abaikan aduan anak sekiranya mereka mengadu mengenai sesuatu," katanya.

Tambah beliau lagi jika ada kelainan kelakuan kanak-kanak, ibu bapa perlu bertindak segera dan jangan mengabaikan perubahan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS