Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[ARTIKEL PILIHAN] PADAH BERANI SANGAT ACU PARANG KEPADA POLIS

Seri Manjung, 20 Disember 2019 - Tindakan melampau seorang pemandu lori mengacukan parang kepada anggota polis yang mengejarnya kerana disyaki mencuri besi mengundang padah apabila dia diberkas, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar, suspek dipercayai cuba mencuri besi di sebuah kedai makan dan melarikan diri dengan memandu lori berseorangan.

Dalam kejadian pada jam 5 pagi itu, suspek memandu lori lebih tiga kilometer dari Seri Manjung hingga ke Sitiawan untuk melarikan diri daripada ditahan polis.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB,) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung berjaya menahan lelaki berusia 40-an terbabit.

Bacaan lanjut di artikel Berita Harian seperti di pautan berikut https://www.bharian.com.my/…/padah-berani-sangat-acu-parang…




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS