Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KETUA POLIS PERLIS SENTIASA SENYUM MASUK PEJABAT

Perlis, dengan populasi sekitar 254,000 bukan saja negeri terkecil di Malaysia malah turut berdepan masalah jenayah curi motosikal, penyeludupan ketum dan penyalahgunaan dadah.

Apabila pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi kepercayaan kepada anak jati Perlis, SAC Dato’ Surina Saad, 56, menerajui negeri kelahirannya, ia umpama memberi dimensi baru dalam soal keselamatan serta hal ehwal ketenteraman awam di negeri itu.

Dato’ Surina yang dilahirkan di Seriab, Kangar menjadi wanita pertama dilantik menjawat Ketua Polis Perlis pada 3 September lalu menggantikan SAC Dato’ Noor Mushar Haji Mohd yang bersara wajib.

Bagi merungkai sejauh mana bekas Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas (E5) Bukit Aman ini melihat cabaran mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam di Perlis, jom ikuti wawancara bersama beliau pada keratan akhbar terbitan Harian Metro di bawah.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: 1 person, smiling
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS